Selasa, 30 November 2010

Kek Lapis Bumi


(nilh resepi kek yg paling amy paling suka dr dulu2 lg..)

Bahannya:
1 ½cawan tepung gandum.
1 tin sedehana marjerin
1 cawan gula pasir
10 biji telur ayam
2 ½ camca teh Nescafe
1 tin susu cair krim manis
1 tin seri kaya
(gaulkan susu cair bersama dengan seri kaya,asingkan)
1 camca esen vanila
sedikit ovalette

Cara membuatnya:

1).Pukulkan telur ayam satu persatu,tambahkan sekali gula beserta dengan mentega hinggalah kembang.
2)Masukan tepung dan teruskan pukul hingga sebati.
3)Tambahkan sekali esen vanila beserta dengan omellete dan gaulkan bersama bahan-bahan yang telah dipukul.
4).Kemudian masukkan sekali campuran susu cair dan serikaya kedalam bahan-bahan tadi.
5).Bahagikan kepada dua bahagian, mengikut paras sukatan yang sama. Kemudian masukkan nescafe yang dicairkan kepada satu bahagian tadi,manakala sebahagian biarkan begitu sahaja.
6).Kemudian kukuslah secara berlapis-lapis mengikut urutan.


0 ulasan: