Ahad, 12 Disember 2010

KeK Lapis Internet


 Bahan2

10 biji telur
16 ozs mentega
300 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 sudu makan ovalette
1 peket santan segera
1 tin susu manis
1 sudu teh vanilla warna coklat, ungu, kuning,merah dan hijau
1 tin kecil kaya

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan susu sampai putih.
Di tempat lain pukul telur, gula, ovallete dan vanilla sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam acuan.
Satukan kedua-dua adunan.
Masukkan serbuk santan dan kaya. Kacau rata-rata hingga sebati.
Bahagi adunan 2 bahagian.
-Bahagian asal di bahgi lg kpd 2 bahagian utk lapisan atas dan bawah.
-Bahagian kedua bahagikn kepada lima bahagian seperti berikut
a) Merah – 5 sudu makan untuk satu lapisan
b) Kuning - sama ---
c) Hijau - sama------
d) Ungu – sama-----
e) Coklat – sama ----
Selebih nya warna plain, di bahagikan untuk bahagian atas dan bawah.
Bakar satu bahagian plain secara melereng. Gunakan api atas sehaja.
Kemudian lapis dengan adunan warna tadi dan bakar selapis demi selapis secara melereng.
Akhir sekali warna biasa secara lurus dengan api atas bawah.

0 ulasan: