Ahad, 12 Disember 2010

Kek Lapis Roll Sembilu Kasih


BAHAN UNTUK INTI ROLL:

16 biji kuning telur
5 biji putih telur
16 oz mentega
300 gm tepung hong kong
200 gm gula halus
½ tin susu manis
100 gm horlick
50 gm Ovalette

BAHAN UNTUK KULIT ROLL

10 biji kuning telur
5 biji putih telur
100 gm gula halus
100 gm tepung hong kong
1 sudu ovalette
150 gm mentega dicairkan.

Cara: Cara membuat inti kek :

1. Pukul telur, ovalette, gula,hingga kembang di tempat lain.
2. Kemudian masukkan tepung dan horlick.
3. Mentega dan susu dipukul kembang kemudian campurkan dengan adunan telur dan gaul sebati.
4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian:
a). 1 bahagian warnakan merah (campur pest strawberry)
b). 1 bahagian warnakan hijau (campur pest pandan)
c). 1 bahagian warnakan coklat (campur pest coklat/kopi)
d). 1 bahagian warnakan kuning (campur pest oren/Sunkist)
5. Bakar adunan dalam 3 acuan 9x9.Biarkan sejuk sebelum dipotong.Setelah sejuk,  Potong menggunakan acuan yang bersaiz ¾ inci atau ikut saiz ketebalan inti kek.  Susun mengikut corak yang di sesuai,sama ada segi tiga atau segi empat.Sapukan  Jem ke atas setiap permukaan kek tadi .Rapatkan dan bungkus dengan plastik Pembalut setiap kepingan yang bercorak tadi.Simpan ke dalam peti sejuk beberapa Jam sebelum dibalut dengan kulit luar kek.
1. Pukul semua bahan kecuali mentega.
2. Pukul hingga naik dan pekat.
3. Masukkan mentega cair hingga rata.
4. Bakar dalam acuan 8 ½ x 8 ½ dengan api atas dan bawah.Suhu 180 Celcius.Lebih kurang 15 minit atau hingga nampak kekuningan.
5. Sediakan tuala lembab untuk lapik kulit yang masih panas tadi.Apabila sudah masak , keluarkan dari acuan dan sapu jem dan letak susunan inti yang telah disedia tadi.Gulung kemas, dan balut sekali lagi dengan kertas pembalut tadi.Simpan ke dalam peti sejuk untuk membuat kek lebih melekat.

0 ulasan: