Selasa, 28 Disember 2010

Kek Lapis Lady Fingers



Bahan A:

15 biji telur
180gm gula halus
200g tepung Hong Kong
50gm horlicks
1 sudu ovellate
1 peket serbuk santan

Bahan B

500g mentega
1 tin kaya
5 sudu susu manis

Bahan C

1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh perisa Strawberry
1 sudu teh perisa butter oil
pewarna pink
pewarna hijau
2 bungkus roti jejari

Cara membuatnya:

Pukul bahan A hingga kembang.Ketepikan.Kemudian pukul bahan B hingga putih dan kembang. Setelah itu satukan kedua2 aduanan. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian warna hijau dengan perisa pandan.1 bahagian lagi warna pink dengan per
isa strawberry dan 1 bahagian lagi dibiarkan dgn warna asal dengan perisa butter oil. mulalh melapis dengan warna pink dahulu dan di ikuti dgn warna asal dan hijau. Setiap lapisan  disusun dgn roti jejari secara memanjang.Seterusnya ulangi langkah melapis sehingga selesai.

Nota: Guna loyang 81/2 x 81/2 inci.



Jumaat, 24 Disember 2010

Kek Lapis Walnut Cheese


Bahan A

16biji kuning telur
6 biji putih telur
180 g gula halus
100g tepung hong kong
1 sudu makan ovellate
1 sudu makan butter oil

Bahan B

550g mentega
4 sudu makan sudu manis
1tin kecil sri kaya
250g krim keju
100g walnut (dikisar halus)

Bahan C

Pewarna merah,kuning, dan  hijau

Cara membuatnya: 

1. Pukul bahan A hingga kembang 
2. Mentega, susu, dan kaya dipukul hingga putih secara berasingan. 
3. Satukan bahan A dan bahan B dan gaul rata. 
4. Bahagikan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian Merah , 1 bahagian kuning dan 1 bahagian warna hijau.
7. Lapis warna hijau terlebih dahulu diikutiwarna kuning dan warna merah.
8. Ulangi langkah 7 hingga adunan habis.
9. Bakar dengan menggunakan api atas.

Khamis, 23 Disember 2010

Kek Lapis Spider Web


Bahan A
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
200g gula halus
200g tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
Sedikit antimould
50ml air ais

Bahan B
450g mentega
5 sudu makan susu pekat
1 tin sekaya

1 sudu teh esen vanilla

utk melekat kek
jem strawberi
susu pekat

Cara membuat inti:
1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang.Ketepikan
2. Pukul bahan B hingga putih dan satukan dengan bahan A tadi. Gaulkan rata dan sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. warna asal &  hijau
4. lapis berselang seli sebanyak 6 lapisan. bakar 2 loyang.
5. biarkan sejuk. dan potong 1 inci.
6. Cantum seperti dalam gambar.
7.Untuk lapisan atas dan  lapis bawah buat 1/2 daripada bahan inti.
8. Lapis sebanyak 5 lapisan.kemudian susun inti yang telah dicantumkan tadi.

Kek Lapis Oreo Cheese


 Bahan A

25 biji kuning telur
8 biji putih telur
200gm Tepung Hong kong
250gm gula halus
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh butter oil

Bahan B

400gm mentega
4 sudu susu pekat
1 tin sekaya
200gm cheese

Bahan C

100gm horlick
3 bungkus biskut oreo
Pewarna hijau

Cara Membuat:

1.  Pukul bahan  A sehingga kembang. Ketepikan
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. Kemudian adunan B yang telah kembang dimasukkan ke dalam bahan A tadi dan gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
    i.  1 bahagian warna asal campur dgn horlick.
   ii.  1 bahagian warna hijau disusun dengan  biskut oreo
5.  Bakar berlapis-lapis, 2 lapis adunan tanpa warna dan 2 lapis lagi warna hijau. lapisan hijau pertama sahaja 
    disusun dengan oreo yang dibelah.
6.  Bakar adunan hingga habis.

Nota: Guna loyang 8 1/2 x 8 1/2 inci.

Ahad, 12 Disember 2010

Kek Lapis Purnama




Bahan-Bahan:

Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gram gula halus
150 tepung hong kong
1 sudu makan ovelette

Bahan B
450 gram mentega
½ tin susu pekat manis (saiz biasa)

Bahan C
1 tin kecil seri kaya
100 gram Nestum
pewarna hijau, kuning,coklat dan oren
perasa pandan, pisang, kopi, oren

Cara: 1.
Pukul bahan A hingga ringan & kembang.
2. Pukul bahan B hingga putih dan kembang.
3. Satukan adunan A & B, gaul sebati.
4. Masukkan seri kaya dan Nestum. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian:
a) 1 bahagian warnakan coklat & masukkan perasa coklat
b) 1 bahagian warnakan merah dan perasa strawberry
c) 1 bahagian masukkan oren dan masukkan perasa oren
d) 1 bahagian warnakan kuning dan perasa mangga
5. Sediakan acuan 8 ½ " X 8 ½ " X 4". Tuang selapis nipis bahagian warna coklat. Bakar dengan api grill di dlm ketuhar bersuhu 250 darjah celcius selama 3 minit.
6. Ulangi langkah 5 hingga adunan habis.
7. Ulang proses sebagaimana dalam langkah 5 dan 6 dengan warna kuning, oren dan coklat sehingga adunan habis.
8. Akhir sekali, bakar di dlm ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 5 minit.
9. keluarkan dan biarkan kek sejuk di dlm acuan.

Kek Lapis Roll Sembilu Kasih


BAHAN UNTUK INTI ROLL:

16 biji kuning telur
5 biji putih telur
16 oz mentega
300 gm tepung hong kong
200 gm gula halus
½ tin susu manis
100 gm horlick
50 gm Ovalette

BAHAN UNTUK KULIT ROLL

10 biji kuning telur
5 biji putih telur
100 gm gula halus
100 gm tepung hong kong
1 sudu ovalette
150 gm mentega dicairkan.

Cara: Cara membuat inti kek :

1. Pukul telur, ovalette, gula,hingga kembang di tempat lain.
2. Kemudian masukkan tepung dan horlick.
3. Mentega dan susu dipukul kembang kemudian campurkan dengan adunan telur dan gaul sebati.
4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian:
a). 1 bahagian warnakan merah (campur pest strawberry)
b). 1 bahagian warnakan hijau (campur pest pandan)
c). 1 bahagian warnakan coklat (campur pest coklat/kopi)
d). 1 bahagian warnakan kuning (campur pest oren/Sunkist)
5. Bakar adunan dalam 3 acuan 9x9.Biarkan sejuk sebelum dipotong.Setelah sejuk,  Potong menggunakan acuan yang bersaiz ¾ inci atau ikut saiz ketebalan inti kek.  Susun mengikut corak yang di sesuai,sama ada segi tiga atau segi empat.Sapukan  Jem ke atas setiap permukaan kek tadi .Rapatkan dan bungkus dengan plastik Pembalut setiap kepingan yang bercorak tadi.Simpan ke dalam peti sejuk beberapa Jam sebelum dibalut dengan kulit luar kek.
1. Pukul semua bahan kecuali mentega.
2. Pukul hingga naik dan pekat.
3. Masukkan mentega cair hingga rata.
4. Bakar dalam acuan 8 ½ x 8 ½ dengan api atas dan bawah.Suhu 180 Celcius.Lebih kurang 15 minit atau hingga nampak kekuningan.
5. Sediakan tuala lembab untuk lapik kulit yang masih panas tadi.Apabila sudah masak , keluarkan dari acuan dan sapu jem dan letak susunan inti yang telah disedia tadi.Gulung kemas, dan balut sekali lagi dengan kertas pembalut tadi.Simpan ke dalam peti sejuk untuk membuat kek lebih melekat.

KeK Lapis Internet


 Bahan2

10 biji telur
16 ozs mentega
300 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 sudu makan ovalette
1 peket santan segera
1 tin susu manis
1 sudu teh vanilla warna coklat, ungu, kuning,merah dan hijau
1 tin kecil kaya

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan susu sampai putih.
Di tempat lain pukul telur, gula, ovallete dan vanilla sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam acuan.
Satukan kedua-dua adunan.
Masukkan serbuk santan dan kaya. Kacau rata-rata hingga sebati.
Bahagi adunan 2 bahagian.
-Bahagian asal di bahgi lg kpd 2 bahagian utk lapisan atas dan bawah.
-Bahagian kedua bahagikn kepada lima bahagian seperti berikut
a) Merah – 5 sudu makan untuk satu lapisan
b) Kuning - sama ---
c) Hijau - sama------
d) Ungu – sama-----
e) Coklat – sama ----
Selebih nya warna plain, di bahagikan untuk bahagian atas dan bawah.
Bakar satu bahagian plain secara melereng. Gunakan api atas sehaja.
Kemudian lapis dengan adunan warna tadi dan bakar selapis demi selapis secara melereng.
Akhir sekali warna biasa secara lurus dengan api atas bawah.

Kek Lapis Osama bin Laden


Bahan-bahan

10 biji telur
200gm gula halus
250 gm tepung HongKong
1 sudu makan ovalette
4 sudu makan susu pekat
450gm mentega
1 tin kaya sederhana
20gm cooking coklat (dicairkan)
1 sudu makan Nescafe
1 sudu teh perasa oren sunquick

Cara membuatnya:

Pukul telur, gula dan ovalett hingga kembang. Mentega, susu dan kaya dipukul sampai putih dan campurkan kedua adunan. Masukkan tepung dan gaul rata.
Bahagi kepada dua bahagian:-
i) masukkan cooking coklat yang dicairkan dan Nescafe
ii) Perisa Sunquick
Lapiskan bahagian sunquick dan bakar guna api atas sahaja.
Bila masak tekan mengguna acuan ziq-zaq. Lapiskan dengan bahagian coklat dan bakar. Tekan dengan acuan ziq-zaq lagi apabila masak. Buat begitu untuk setiap lapisan sampai habis.

Kek Lapis Walnat Aiskrim

(resepi yang diambil daripada adik, Rohaimi Ahmad)



Bahan:
5 biji telur putih
300g gula halus
15 biji kuning telur
400g mentega, dipukul hingga kembang
240g tepung berserbuk penaik

bahan A:
90g aiskrim coklat
45g sebuk koko
1 sudu teh pewarna coklat

bahan B:
90g aiskrim vanila
60g walnut, goreng tnpa minyak dan ditumbuk kasar
2 sudu teh esen vanila

cara membuat
:
1. pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. masukkan kuning telur 1 per 1 dan pukul sehingga menjadi pekat dn berkrim.
3. masukkan mentega kedlm adunan telur. kacau rata dan kaup balikkan tepung.
4. bhgkan kepada 2 bhgn. masukkan bahan A dlm 1 bhgn B dlm 1 bhgn lg.
5. bhgn A 4 cwn kecil dn bhgn B 4 cwn kecil.
6. bakar lapisan pertama guna api atas bawah 250'c. seterusnya lapisan kedua guna api atas sahaja 200'c. lapis berselang-seli sehingga habis. sentiasa bg tumpuan time membakar takut hangus jer...

Selasa, 30 November 2010

Kek Lapis Fantasi

 

Kek Perodua Kenari

Bahan A:
12 oz mentega
5 biji telor ayam
1 ½ gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1 tin susu manis
1 tin kecil kaya
1 sudu teh vanilla
Pewarna hijau, merah dan warna asal

Bahan B:
12 oz mentega
5 biji telor ayam
½ botol kecil horlick
1 tin susu manis
1 gelas tepung merry (roti ditumbuk lumat)
1 gelas gula halus
1 tin kecil kaya

Bahan A:
Pukul mentega dan gula sampai kembang. Lepas itu masukan telor satu persatu sampai habis. Pukul susu dan kaya di tempat lain. Bila rata satukan dalam adunan mentega. Lepas itu masukan tepung gandum, vanilla dan gaul rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian:
1.Beri pewarna Merah, 2. Warna Hijau
3.Beri warna asal

Sediakan 3 acuan berasingan, kukuskan warna asal dahulu bila masak ketepikan.
Kukuskan warna merah bila masak ketepikan. Akhir sekali kukuskan warna hijau. Ketepikan hingga sejuk. Bila sejuk potongkan 1/2 inci kesemua warna yang telah masak tadi dan ketepikan dahulu.

Bahan B:
Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukan telor satu persatu sampai habis. Kaya dan susu manis dipukul tempat lain. Bila rata masukan dalam adunan mentega. Kuar lagi, baru masuk tepung roti merry dan horlick. Gaul rata.

Masukan kesemua adunan A yang telah dipotong tadi ke dalam Adunan B. Kuar perlahan agar tidak hancur.
Sediakan acuan, kukuskan selama 3 jam.
Tudungkan permukaan acuan dengan plastik untuk mengelakan dimasuk air.

Kek Lapis Bumi


(nilh resepi kek yg paling amy paling suka dr dulu2 lg..)

Bahannya:
1 ½cawan tepung gandum.
1 tin sedehana marjerin
1 cawan gula pasir
10 biji telur ayam
2 ½ camca teh Nescafe
1 tin susu cair krim manis
1 tin seri kaya
(gaulkan susu cair bersama dengan seri kaya,asingkan)
1 camca esen vanila
sedikit ovalette

Cara membuatnya:

1).Pukulkan telur ayam satu persatu,tambahkan sekali gula beserta dengan mentega hinggalah kembang.
2)Masukan tepung dan teruskan pukul hingga sebati.
3)Tambahkan sekali esen vanila beserta dengan omellete dan gaulkan bersama bahan-bahan yang telah dipukul.
4).Kemudian masukkan sekali campuran susu cair dan serikaya kedalam bahan-bahan tadi.
5).Bahagikan kepada dua bahagian, mengikut paras sukatan yang sama. Kemudian masukkan nescafe yang dicairkan kepada satu bahagian tadi,manakala sebahagian biarkan begitu sahaja.
6).Kemudian kukuslah secara berlapis-lapis mengikut urutan.