Selasa, 30 November 2010

Kek Jalur Gemilang


Bahannya:

10 biji telur ayam
16 oz mentega
250 gram gula
250 gram tepung Hong Kong
4 sudu besar tepung susu
3 sudu besar tepung jagang
1 tin kecil Kaya
1 sudu besar Ovallete

Cara membuatnya:
Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan ovallate, tepung jagang,tepung susu, tepung hong kong dan kaya.

Gaul hingga rata. Kemudian masukkan mentega yang telah dipukul di dalam bekas yang berasingan ke dalam adunan tadi dan gaul hingga rata. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan diletak warna merah dengan kuning.

Bakar selapis-selapis hingga adunan habis dengan suhu 2500C. Pastikan menggunakan api atas semasa melapis.

0 ulasan: