Khamis, 28 Julai 2011

SELAMAT MARYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 TAHUN.

Dah masuk bulan kemerdekaan dah. Bagaimana sambutan anda sebagai warganegara Malaysia? Sudah pacak bendera di kenderaan atau rumah??

Apa-apa pun.. Selamat menyambut bulan KEMERDEKAAN..!! ke-54 Tahun
Semoga negara kita makmur sejahtera hendaknya..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H/2011M

“Kita tak memiliki apapun dan tak dimiliki siapapun, selain milik Allah. Hidup di dunia hanya mampir sejenak,,mencari bekal dan menanti saat maut menjemput. Inilah saatnya di bulan ramadhan ini kita mencari bekal sebanyak-banyaknya,, Mohon maaf atas segala khilaf yang ada, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah kita diterima Allah ta’ala.”

Selasa, 28 Disember 2010

Kek Lapis Lady Fingers



Bahan A:

15 biji telur
180gm gula halus
200g tepung Hong Kong
50gm horlicks
1 sudu ovellate
1 peket serbuk santan

Bahan B

500g mentega
1 tin kaya
5 sudu susu manis

Bahan C

1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh perisa Strawberry
1 sudu teh perisa butter oil
pewarna pink
pewarna hijau
2 bungkus roti jejari

Cara membuatnya:

Pukul bahan A hingga kembang.Ketepikan.Kemudian pukul bahan B hingga putih dan kembang. Setelah itu satukan kedua2 aduanan. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian warna hijau dengan perisa pandan.1 bahagian lagi warna pink dengan per
isa strawberry dan 1 bahagian lagi dibiarkan dgn warna asal dengan perisa butter oil. mulalh melapis dengan warna pink dahulu dan di ikuti dgn warna asal dan hijau. Setiap lapisan  disusun dgn roti jejari secara memanjang.Seterusnya ulangi langkah melapis sehingga selesai.

Nota: Guna loyang 81/2 x 81/2 inci.



Jumaat, 24 Disember 2010

Kek Lapis Walnut Cheese


Bahan A

16biji kuning telur
6 biji putih telur
180 g gula halus
100g tepung hong kong
1 sudu makan ovellate
1 sudu makan butter oil

Bahan B

550g mentega
4 sudu makan sudu manis
1tin kecil sri kaya
250g krim keju
100g walnut (dikisar halus)

Bahan C

Pewarna merah,kuning, dan  hijau

Cara membuatnya: 

1. Pukul bahan A hingga kembang 
2. Mentega, susu, dan kaya dipukul hingga putih secara berasingan. 
3. Satukan bahan A dan bahan B dan gaul rata. 
4. Bahagikan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian Merah , 1 bahagian kuning dan 1 bahagian warna hijau.
7. Lapis warna hijau terlebih dahulu diikutiwarna kuning dan warna merah.
8. Ulangi langkah 7 hingga adunan habis.
9. Bakar dengan menggunakan api atas.

Khamis, 23 Disember 2010

Kek Lapis Spider Web


Bahan A
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
200g gula halus
200g tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
Sedikit antimould
50ml air ais

Bahan B
450g mentega
5 sudu makan susu pekat
1 tin sekaya

1 sudu teh esen vanilla

utk melekat kek
jem strawberi
susu pekat

Cara membuat inti:
1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang.Ketepikan
2. Pukul bahan B hingga putih dan satukan dengan bahan A tadi. Gaulkan rata dan sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. warna asal &  hijau
4. lapis berselang seli sebanyak 6 lapisan. bakar 2 loyang.
5. biarkan sejuk. dan potong 1 inci.
6. Cantum seperti dalam gambar.
7.Untuk lapisan atas dan  lapis bawah buat 1/2 daripada bahan inti.
8. Lapis sebanyak 5 lapisan.kemudian susun inti yang telah dicantumkan tadi.

Kek Lapis Oreo Cheese


 Bahan A

25 biji kuning telur
8 biji putih telur
200gm Tepung Hong kong
250gm gula halus
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh butter oil

Bahan B

400gm mentega
4 sudu susu pekat
1 tin sekaya
200gm cheese

Bahan C

100gm horlick
3 bungkus biskut oreo
Pewarna hijau

Cara Membuat:

1.  Pukul bahan  A sehingga kembang. Ketepikan
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. Kemudian adunan B yang telah kembang dimasukkan ke dalam bahan A tadi dan gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
    i.  1 bahagian warna asal campur dgn horlick.
   ii.  1 bahagian warna hijau disusun dengan  biskut oreo
5.  Bakar berlapis-lapis, 2 lapis adunan tanpa warna dan 2 lapis lagi warna hijau. lapisan hijau pertama sahaja 
    disusun dengan oreo yang dibelah.
6.  Bakar adunan hingga habis.

Nota: Guna loyang 8 1/2 x 8 1/2 inci.