Selasa, 28 Disember 2010

Kek Lapis Lady Fingers



Bahan A:

15 biji telur
180gm gula halus
200g tepung Hong Kong
50gm horlicks
1 sudu ovellate
1 peket serbuk santan

Bahan B

500g mentega
1 tin kaya
5 sudu susu manis

Bahan C

1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh perisa Strawberry
1 sudu teh perisa butter oil
pewarna pink
pewarna hijau
2 bungkus roti jejari

Cara membuatnya:

Pukul bahan A hingga kembang.Ketepikan.Kemudian pukul bahan B hingga putih dan kembang. Setelah itu satukan kedua2 aduanan. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian warna hijau dengan perisa pandan.1 bahagian lagi warna pink dengan per
isa strawberry dan 1 bahagian lagi dibiarkan dgn warna asal dengan perisa butter oil. mulalh melapis dengan warna pink dahulu dan di ikuti dgn warna asal dan hijau. Setiap lapisan  disusun dgn roti jejari secara memanjang.Seterusnya ulangi langkah melapis sehingga selesai.

Nota: Guna loyang 81/2 x 81/2 inci.

0 ulasan: